Lama aku tidak ke KLCC. Aku macam nak ke sana je petang nanti berjalan-jalan sambil mencuci mata. Aku kalau berseorangan memang payah sedikit. Aku akan cari teman untuk hang out dengan aku. Aku pun mengambil handphoneku,aku tersenyum sendiri,sudah ada nama yang berada dalam mindaku.Handphone aku rapatkan ke cupingku dan kedengaran lagu Ombak Rindu mengganti nada dering seperti kebiasaan.Jiwang juga kawan aku yang seorang ni.
"Hello beb!!Kau tengah buat apa tu? Tengah tidur?Apa plan petang ni?" Wajahku mengharapkan jawapan yang menggembirakan dari kawanku Liya.
"Ok set.Aku fetch kau dekat rumah pukul 3.Kau jangan lambat siap.Lempang kau nanti..hahaha" Selorohku dengan kawan baikku dari zaman sekolah rendah lagi.
Baju apa aku nak pakai ni.Aku membuka almari baju ku.Aku pandang setiap baju yang tergantung kemas di dalamnya.Hurm..legging hitam dan blouse pink bunga2 ni pun ok juga.Ala simple je bukan aku nak pergi dinner pun.Aku capai baju yang tergantung dan legging yang berlipat cantik.Aku gayakan blouse pink di badanku.Ngam,aku suka.
Dengan solekan sentuhan ala 60s,aku kemudiannya mendandan rambutku yang ikal melepasi bahu.Aku capai jam tangan Guess pemberian ayahku dan aku pakainya di pergelangan tangan kananku.Dalam keadaan tergesa2 aku bergegas keluar dari bilik.
"Alamak,trade mark aku tinggal pulak" Aku membrek kaki ku agar tidak menuruni anak tangga rumah dua tingkat ini.Aku patah semula masuk ke dalam bilikku.
"Nasib baik aku tak lupa kau" Spek mata lalat yang menjadi trade mark aku kalau ke mana2 dan tidak sah jika tak ada, seperti tidak complete penampilan aku.
Aku menuruni anak tangga sambil menyanyikan lagu Hafiz AF Noktah Cinta.
Aku mengambil kunci yang aku letak di atas meja kolonial.Sempat aku melihat penampilanku di cermin yang tergantung kemas di dinding.Aku tersenyum puas hati dengan gayaku. Cermin mata aku cekakkan di kepalaku.Kening aku angkat ala Ziana Zain.'Ni kalau akak Ziana tengok demam'bisik hatiku.
"Mak,orang nak keluar ni. Nak pesan apa2 tak?" Jeritku di muka pintu yang tidak pasti mak aku berada di mana.Mak keluar dari arah dapur dan mendapati aku.
"Kau ni berjalan je.Nak ke mana?"
"Orang nak gi KLCC. Alaa dengan Liya pun.Mak nak pesan tak?" Mak seperti berkira2 untuk memesan sesuatu dan aku menunggu jawapan dari mak dan jawapan dari mak aku..
"Tak ada apa lah.Kau tu beringat sikit.Jangan bawa kereta macam pelesit.Ajak Liya datang makan malam dekat sini."
"Baik mak.Orang gi dulu" Aku mencium tangan mak sebelum aku beredar menaiki kereta kesayanganku.
Aku rasa dah naik lenguh dan kematu punggung aku duduk dalam kereta ni tapi minah ni tak keluar2 lagi dari rumahnya.Belum sempat aku nak menekan hon,aku dah nampak kelibat Liya.Terkedek2 minah tu berjalan menuju ke arah keretaku.
"Sorry beb!Aku sakit perut siot!"Dengan memek muka dia yang macam cicak berak kapur aku nak tergelak pun ada.
"Banyaklah kau punya sorry.Kau drive,aku penat tunggu kau"
"Kau tu memangkan.Pemalas nak drive"
"Kau jangan cakap banyak ek.Siapa suruh kau lambat"Aku mngejek Liya yang tidak puas hati kerana perlu memandu.
"Kau jangan nak tercegat kat situ ek.Masuk la cepat.Lambat dah ni"
Liya terpaksa akur.Kesian juga pada Liya,tapi aku tau dia menipu sebab itu alasan lapuk yang dia sering gunakan jika terlewat dalam apa2 juga keadaan.
"Kau ni kan Qaseh,eeeee..geram je aku ni dengan kau.Mana arah kita beb???"
"Mana lagi..KLCC!!" Kami berdua berpandangan dan tersenyum sambil kening kami di angkat berkali2.
"Waaaa..banyaknya manusia beb.Ada funtion apa kat sini ni?" Dia ingat aku ni jaga KLCC ke.Sabar je la aku dengan Liya ni.
"Muka aku nampak macam jaga ke beb.Mana lah aku tau.Jom kita masuk ISETAN sat.Nak cari perfume" Aku.menarik tangan Liya yang jakun memandang keliling.
"Kau ni dah kenapa?Macam baru keluar dari Zoo"
"Selalu tak ramai,ni ramai lak.Yang kau tarik tangan aku ni kenapa,kau nak jual aku ke?"
'Masakan aku tak tarik dah kau tu macam inilah 1st time kau datang KLCC' getusku di dalam hati.
"Aku memang nak jual kau.Laku kau ni..aku boleh kayaaaa..hahaha"Liya melepaskan pregangan tanganku dan aku masih lagi ketawa melihat perangai Liya yang sedikit kalut.
"Aku nak cari perfume la ngok.Tak kan nak jual kau.Laku ke?"Aku ketawa lagi.
"Kau tu memang kejam.Cepat la cari.Aku dah lapar hehehe" Tak sampai pun sejam Liya dah kata lapar.Memang bikin panas betul minah ni.
"Pas cari perfume kita gi port biasa.Mencekik la kau kat situ"
"Baik madam!"
Aku berjalan ke arah kaunter minyak wangi jenama Lancome. Mata Liya liar melihat kaunter jenama lain. Tiba2 Liya membisikkan sesuatu padaku.
"Beb,hensem mamat tu. Cepat tengok"Liya mendesak aku melihat lelaki yang mencuri pandangannya. Aku yang sibuk mencuba haruman enggan melayan karenah Liya.
"Weyh,dia nak bla tu..kau tengok la beb..hensem siot" Aku akur dengan permintaan Liya. Alangkah terkejutnya aku bila aku melihat lelaki tersebut. Lelaki yang pernah bertakhta di hatiku suatu ketika dulu.
"Hensem kan.Aku dah cakap kat kau..kalau lah aku dapat." Liya mula berangan2 dan aku yang tiba2 menjadi tidak tentu arah mengajak Liya beredar dari situ. Aku tidak mahu bertemu dia. Rasa bersalah dan juga malu masih bersarang dalam hati aku.
"Kenapa nak gerak lak. Kau tak nak beli ke?Tadi beria sangat.." Aku nenarik tangan Liya yang sedang membebel tapi dia masih sempat menoleh ke arah lelaki tadi.
"Qaseh...U Qaseh kan?" Berderau darahku bila mendengar suaraku. Kakiku seperti di gam tidak boleh melangkah. Liya kelihatan kebingungan bila lelaki yang dilihatnya tadi memanggil aku. Aku.melepaskan pegangan tanganku lalu aku berpusing ke arahnya.
"Eyh Ashraff..what a suprise. Tak sangka jumpa u dekat sini. Dah lama balik Malaysia?" Aku cuba berlagak ok di hadapan Ashraff.
"Laa,kau kenal ke beb" Liya mencelah dan aku hanya tersenyum pahit menandakan aku kenal lelaki itu.
"Ni Ashraff..Ashraff ni kawan i Liya" Aku memperkenalkan mereka.
"Hai Ashraff" Liya menghulurkan salam dan Ashraff menyambutnya. Tersenyum meleret si Liya.
"I dah sebulan balik sini"
"Ohh..ya ke..aaaa..Tak apalah,u shopping la yer.Mesti u banyakk nak shopping kan.Lagi pun I nak cari barang2 I jugak" Aku cuba mencari alasan.Jantungku berdegup kencang.
"Bukan kau kata nak balik ke tadi?"Liya pulak nak bersuara time2 mcm ni. Ashraff yg masih berdiri di depanku kelihatan sedikit tidak selesa bila dia tau aku sebenarnya tidak selesa dalam situasi itu.
"Kebetulan dah jumpa u,boleh tak I nak mintak contact no u. If u dont mind..U x guna no lama kan?I pernah call tapi secretary u jawab no u tak ada dlm perkhidmatan.."Ashraff cuba berseloroh dan Liya yg gelak beria-2.Dia ada call aku..?Eermmmm betul ke apa yg dia katakan ni.Nak bagi ke tak ni ek..aku dalam dilema.
"No dia 0122323000.U call je...Tak ada siapa marah pun.."Aku ternganga bila Liya yg bagi no aku pada Ashraff.Aku hilang kata2.
"Owh ok..Thanks Liya..I'll call u ya Qaseh.Memang tak sangka jumpa u kat sini.Thanks.I got to go now.Nice meeting u Liya..Assalammualaikum Qaseh.."Pandangannya benar2 membuat aku dihambat rasa bersalah.
"Waalaikumussalam.."
"Kau memang pandai2 bagi no aku kan.Teruk betul kau ni la.Lempang jugak mulut kau tu nanti"
"Alahh..kau pun memang nak bagi kannnnn..dari mata kau tu aku tau laa..jap..siapa Ashraff ni beb?Tak story kat aku pun"
"Nantilah aku story mori kat kau.Now kita gi shopping tempat lain.Pavi..hehe.."
Liya terkejut.."Yang kau gatal nak tukar venue kenapa..Sengal ek...Aku lapar,jum makan dulu.."Dengan bibir yg terjuih tu rasa nak je aku staplerkan.
"Ye lah...jum jum jummmm.."Aku menarik tangan Liya menujubke Dome.Tiba2 perasaan aku jadi tidak keruan.Aku melemparkan pandanganku untuk menjengah kelibat Ashraff.Dia dah balik sini terus ke?Persoalan yg berlegar2 di benakku..
No comments:
Post a Comment