Monday, October 22, 2012

Adakah dia..

Lama aku tidak ke KLCC.  Aku macam nak ke sana je petang nanti berjalan-jalan sambil mencuci mata. Aku kalau berseorangan memang payah sedikit. Aku akan cari teman untuk hang out dengan aku. Aku pun mengambil handphoneku,aku tersenyum sendiri,sudah ada nama yang berada dalam mindaku.Handphone aku rapatkan ke cupingku dan kedengaran lagu Ombak Rindu mengganti nada dering seperti kebiasaan.Jiwang juga kawan aku yang seorang ni.

"Hello beb!!Kau tengah buat apa tu? Tengah tidur?Apa plan petang ni?" Wajahku mengharapkan jawapan yang menggembirakan dari kawanku Liya.

"Ok set.Aku fetch kau dekat rumah pukul 3.Kau jangan lambat siap.Lempang kau nanti..hahaha" Selorohku dengan kawan baikku dari zaman sekolah rendah lagi.

Baju apa aku nak pakai ni.Aku membuka almari baju ku.Aku pandang setiap baju yang tergantung kemas di dalamnya.Hurm..legging hitam dan blouse pink bunga2 ni pun ok juga.Ala simple je bukan aku nak pergi dinner pun.Aku capai baju yang tergantung dan legging yang berlipat cantik.Aku gayakan blouse pink di badanku.Ngam,aku suka.

Dengan solekan sentuhan ala 60s,aku kemudiannya mendandan rambutku yang ikal melepasi bahu.Aku capai jam tangan Guess pemberian ayahku dan aku pakainya di pergelangan tangan kananku.Dalam keadaan tergesa2 aku bergegas keluar dari bilik.

"Alamak,trade mark aku tinggal pulak" Aku membrek kaki ku agar tidak menuruni anak tangga rumah dua tingkat ini.Aku patah semula masuk ke dalam bilikku.

"Nasib baik aku tak lupa kau" Spek mata lalat yang menjadi trade mark aku kalau ke mana2 dan tidak sah jika tak ada, seperti tidak complete penampilan aku.

Aku menuruni anak tangga sambil menyanyikan lagu Hafiz AF Noktah Cinta.

Aku mengambil kunci yang aku letak di atas meja kolonial.Sempat aku melihat penampilanku di cermin yang tergantung kemas di dinding.Aku tersenyum puas hati dengan gayaku. Cermin mata aku cekakkan di kepalaku.Kening aku angkat ala Ziana Zain.'Ni kalau akak Ziana tengok demam'bisik hatiku.

"Mak,orang nak keluar ni. Nak pesan apa2 tak?" Jeritku di muka pintu yang tidak pasti mak aku berada di mana.Mak keluar dari arah dapur dan mendapati aku.

"Kau ni berjalan je.Nak ke mana?"

"Orang nak gi KLCC. Alaa dengan Liya pun.Mak nak pesan tak?" Mak seperti berkira2 untuk memesan sesuatu dan aku menunggu jawapan dari mak dan jawapan dari mak aku..

"Tak ada apa lah.Kau tu beringat sikit.Jangan bawa kereta macam pelesit.Ajak Liya datang makan malam dekat sini."

"Baik mak.Orang gi dulu" Aku mencium tangan mak sebelum aku beredar menaiki kereta kesayanganku.

Aku rasa dah naik lenguh dan kematu punggung aku duduk dalam kereta ni tapi minah ni tak keluar2 lagi dari rumahnya.Belum sempat aku nak menekan hon,aku dah nampak kelibat Liya.Terkedek2 minah tu berjalan menuju ke arah keretaku.

"Sorry beb!Aku sakit perut siot!"Dengan memek muka dia yang macam cicak berak kapur aku nak tergelak pun ada.

"Banyaklah kau punya sorry.Kau drive,aku penat tunggu kau"

"Kau tu memangkan.Pemalas nak drive"

"Kau jangan cakap banyak ek.Siapa suruh kau lambat"Aku mngejek Liya yang tidak puas hati kerana perlu memandu.

"Kau jangan nak tercegat kat situ ek.Masuk la cepat.Lambat dah ni"

Liya terpaksa akur.Kesian juga pada Liya,tapi aku tau dia menipu sebab itu alasan lapuk yang dia sering gunakan jika terlewat dalam apa2 juga keadaan.

"Kau ni kan Qaseh,eeeee..geram je aku ni dengan kau.Mana arah kita beb???"

"Mana lagi..KLCC!!" Kami berdua berpandangan dan tersenyum sambil kening kami di angkat berkali2.

"Waaaa..banyaknya manusia beb.Ada funtion apa kat sini ni?" Dia ingat aku ni jaga KLCC ke.Sabar je la aku dengan Liya ni.

"Muka aku nampak macam jaga ke beb.Mana lah aku tau.Jom kita masuk ISETAN sat.Nak cari perfume" Aku.menarik tangan Liya yang jakun memandang keliling.

"Kau ni dah kenapa?Macam baru keluar dari Zoo"

"Selalu tak ramai,ni ramai lak.Yang kau tarik tangan aku ni kenapa,kau nak jual aku ke?"

'Masakan aku tak tarik dah kau tu macam inilah 1st time kau datang KLCC' getusku di dalam hati.

"Aku memang nak jual kau.Laku kau ni..aku boleh kayaaaa..hahaha"Liya melepaskan pregangan tanganku dan aku masih lagi ketawa melihat perangai Liya yang sedikit kalut.

"Aku nak cari perfume la ngok.Tak kan nak jual kau.Laku ke?"Aku ketawa lagi.

"Kau tu memang kejam.Cepat la cari.Aku dah lapar hehehe" Tak sampai pun sejam Liya dah kata lapar.Memang bikin panas betul minah ni.

"Pas cari perfume kita gi port biasa.Mencekik la kau kat situ"

"Baik madam!"

Aku berjalan ke arah kaunter minyak wangi jenama Lancome. Mata Liya liar melihat kaunter jenama lain. Tiba2 Liya membisikkan sesuatu padaku.

"Beb,hensem mamat tu. Cepat tengok"Liya mendesak aku melihat lelaki yang mencuri pandangannya. Aku yang sibuk mencuba haruman enggan melayan karenah Liya.

"Weyh,dia nak bla tu..kau tengok la beb..hensem siot" Aku akur dengan permintaan Liya. Alangkah terkejutnya aku bila aku melihat lelaki tersebut. Lelaki yang pernah bertakhta di hatiku suatu ketika dulu.

"Hensem kan.Aku dah cakap kat kau..kalau lah aku dapat." Liya mula berangan2 dan aku yang tiba2 menjadi tidak tentu arah mengajak Liya beredar dari situ. Aku tidak mahu bertemu dia. Rasa bersalah dan juga malu masih bersarang dalam hati aku.

"Kenapa nak gerak lak. Kau tak nak beli ke?Tadi beria sangat.." Aku nenarik tangan Liya yang sedang membebel tapi dia masih sempat menoleh ke arah lelaki tadi.

"Qaseh...U Qaseh kan?" Berderau darahku bila mendengar suaraku. Kakiku seperti di gam tidak boleh melangkah. Liya kelihatan kebingungan bila lelaki yang dilihatnya tadi memanggil aku. Aku.melepaskan pegangan tanganku lalu aku berpusing ke arahnya.

"Eyh Ashraff..what a suprise. Tak sangka jumpa u dekat sini. Dah lama balik Malaysia?" Aku cuba berlagak ok di hadapan Ashraff.

"Laa,kau kenal ke beb" Liya mencelah dan aku hanya tersenyum pahit menandakan aku kenal lelaki itu.

"Ni Ashraff..Ashraff ni kawan i Liya" Aku memperkenalkan mereka.

"Hai Ashraff" Liya menghulurkan salam dan Ashraff menyambutnya. Tersenyum meleret si Liya.

"I dah sebulan balik sini"

"Ohh..ya ke..aaaa..Tak apalah,u shopping la yer.Mesti u banyakk nak shopping kan.Lagi pun I nak cari barang2 I jugak" Aku cuba mencari alasan.Jantungku berdegup kencang.

"Bukan kau kata nak balik ke tadi?"Liya pulak nak bersuara time2 mcm ni. Ashraff yg masih berdiri di depanku kelihatan sedikit tidak selesa bila dia tau aku sebenarnya tidak selesa dalam situasi itu.

"Kebetulan dah jumpa u,boleh tak I nak mintak contact no u. If u dont mind..U x guna no lama kan?I pernah call tapi secretary u jawab no u tak ada dlm perkhidmatan.."Ashraff cuba berseloroh dan Liya yg gelak beria-2.Dia ada call aku..?Eermmmm betul ke apa yg dia katakan ni.Nak bagi ke tak ni ek..aku dalam dilema.

"No dia 0122323000.U call je...Tak ada siapa marah pun.."Aku ternganga bila Liya yg bagi no aku pada Ashraff.Aku hilang kata2.

"Owh ok..Thanks Liya..I'll call u ya Qaseh.Memang tak sangka jumpa u kat sini.Thanks.I got to go now.Nice meeting u Liya..Assalammualaikum Qaseh.."Pandangannya benar2 membuat aku dihambat rasa bersalah.

"Waalaikumussalam.."
"Kau memang pandai2 bagi no aku kan.Teruk betul kau ni la.Lempang jugak mulut kau tu nanti"

"Alahh..kau pun memang nak bagi kannnnn..dari mata kau tu aku tau laa..jap..siapa Ashraff ni beb?Tak story kat aku pun"

"Nantilah aku story mori kat kau.Now kita gi shopping tempat lain.Pavi..hehe.."

Liya terkejut.."Yang kau gatal nak tukar venue kenapa..Sengal ek...Aku lapar,jum makan dulu.."Dengan bibir yg terjuih tu rasa nak je aku staplerkan.

"Ye lah...jum jum jummmm.."Aku menarik tangan Liya menujubke Dome.Tiba2 perasaan aku jadi tidak keruan.Aku melemparkan pandanganku untuk menjengah kelibat Ashraff.Dia dah balik sini terus ke?Persoalan yg berlegar2 di benakku..

Saturday, October 20, 2012

Cinta lalu

Matahari dah pun menampakkan taringnya. Pagi yang gelap telah pun di sinari oleh cahayanya yang sombong menerangi alam. Aku ini seperti matahari ke atau aku seperti pagi yang gelap menanti bantuan sang suria menerangi hidup. Tersenyum ku sendiriaan.Dan tatkala itu aku berfikir, apa yang bakal aku titipkan di hari ini. Aku merebahkan badanku di tilam yang empuk. Sedapnya!!Mataku memandang tepat ke siling yang bersawang di setiap sudut.Ada makhluk Allah yang menumpang teduh di sana mencari perlindungan agar dapat meneruskan perjuangan untuk hidup. Begitu juga aku, mencari ruang2 kosong untuk hidup dan bangkit dari kegagalan.

Fikiranku melayang pada seseorang, wajahnya, susuk tubuhnya dan perawakannya. Lelaki yang cukup sempurna di mataku sebagai seorang wanita. Senyumannya yang manis selalu terpancar di wajahnya walaupun aku selalu membuatnya marah. Kesabarannya yang tinggi bila terpaksa menghadapi perangaiku yang sedikit kepala angin. Dan aku akan mula sejuk bila dia hanya tersenyum bila aku membebel tak berhenti.

Aku menanti dia dengan penuh sabar. Aku melihat jam di tanganku. Janji pukul 8.30pm tapi batang hidung pun tak nampak. Tak payah kata batang hidung, bayang pun tak ada. Aku mundar mandir di hadapan bangunan tempat aku bekerja. Aku mulai resah bila melihat orang yang lalu lalang seolah memerhatikan aku. Kalau ada apa jadi, aku belasah dengan payung yang aku pegang erat ni. Mana dia ni. Pelbagai benda mula menerjah masuk di dalam kepala otak aku. Aku mula merasa tidak sedap hati. Perasaan amarah mula untuk menguasai diri. Aku cuba untuk tidak melayani segala perkara2 yang negatif aku cuba memikir perkara yang positif tapi aku tidak mampu untuk menolaknya. Ada je perkara yang tidak elok bermain2 di otak aku ini.

Dia ini memang nak kena. Sudahlah nak berjumpa pun susah. Kadang2 rasa nak break up saja sebab jarang sangat kami berjumpa.Itu lah bercinta dengan student memang ini lah yang aku kena hadapi. Bila kami memilih dengan pilihan masing2, dia sambung belajar dan aku memilih untuk tidak menyambung pelajaranku. Aku mengeluh sendirian. Aku sudah lama mengenali dia dari kami di bangku sekolah lagi. Jarak usia aku dengan dia yang 2 tahun lagi muda dariku tidak pernah menjadikan halangan kami untuk berkasih sayang. Aku mengimbau kembali memori kami bersama dan ketika itu lamunanku segera terhenti bila aku mendengar suara seseorang..

"Sayang, I'm sorry. Stucked in traffic jam. Jom" Suaranya yang sedikit mengah mungkin berlari untuk mengejar masa kerana dia dah terlewat dengan tangan di cekaknya di pinggang. Dan aku cuba untuk tidak meletus seperti gunung berapi menunggu dia keseorangan tapi apakan daya aku wanita. Aku pun menghambur kata2 yang aku tahan di dalam hati sampai sakit dada aku menahannya.

"Awak ni janji pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa. Awak ingat saya tunggul kayu ek tunggu awak. Dah la kawasan ni bahaya. Kalau ada apa2 jadi kat saya, awak tak fikir ke? Tak reti nak telefon ke. Handphone mana??Ke awak pergi jumpa perempuan lain dulu. Tension betul dengan awak ni"

Wajahnya menghadiahkan aku senyuman. Memang tak faham bahasa mamat ni. Dia menarik tanganku tapi aku menepisnya.Perasaan marah menguasai diriku bila aku melihat dia hadir di hadapanku walaupun aku seakan sudah berjanji pada diri sendiri sebentar tadi untuk tidak memarahinya kerana jarangnya kami dapat menghabiskan masa bersama. 

"Awak ni saya marah pun,awak buat tak reti je kan. Dah la stress ni. Kerja kat ofis berlambak, tak ada siapa nak tolong. Bila ada boyfriend, nak jumpa pun susah. Bila dating je, awak selalu lambat. Awak ni tak ada hati dan perasaan ke. Benci betullah" bebel ku seperti tiada ruang untuk aku menarik nafas.

Dan dia hanya tersenyum lagi. Rasa aku nak je menampar mukanya yang agak selamba tu. Agaknya dia ni tak ada perasaan kot. Aku mula memalingkan badanku dan melangkah kaki yang aku tidak tahu hala tujuanku meninggalkan dia di belakangku.

"Saya suka dengar awak membebel. Cute sangat. Bila awak marah, tu yang buat saya sayang" Langkahku terhenti dan aku menoleh ke arahnya. Aku melangkahkan kakiku kembali berhadapan dengannya.Terasa darah mengalir di setiap urat2 badanku. Merah padam wajahku bila dia berkata demikian. Aku memandang wajahnya.

"Awak ni, pandai kan amik hati saya. Awak buat salah, awak cover macam tu kan. Awak tahu tak berapa lama saya tunggu. Saya tinggalkan kerja yg berlambak atas meja hanya sebab saya excited nak jumpa awak" Nadaku sedikit menurun dari tadi yang sepeti singa nak menelan mangsanya.

"Saya stress awak tau tak. Ingatkan ada boyfriend boleh la nak mengadu domba. Awak pun busy 24 hours macam tak ada masa untuk saya je. Saya tunggu awak lama awak tau tak. Sakit kaki ni. dah la pakai heels 4 inchi. Awak tak muncul2. Macam2 saya pikir awak tau tak. Risau pun ada. Awak ni kan" Nadaku bertukar sedikit manja dan merengek seperti anak kecil yang inginkan perhatian. Aku mencubit manja lengan di sebelah kirinya. 

"Nak teruskan bebel tak. Saya salah biar saya dengar ok" Dia menarik hidungku yang kembang kempis kerana marah yang belum reda lagi. Sakit, aku memicit2 hidungku pula.

"Sayang taukan saya sibuk dengan kelas. Sayang dengan kerja, saya dengan buku2. Mana nak kejar kuliah, assignment lagi. memang keluar dari kolej on time tapi sangkut kat Damansara. Macam ni, nanti kalau saya dah habis belajar, 24 jam saya berkepit dengan awak. Awak sukakan" Aku mengangguk tanda setuju.

"Tak payahlah saya kerja cari rezeki, awak je cari. Awak balik kerja saya sambut je awak"

Aku ternganga.

"Kenapa saya yang cari rezeki pulak" Bentakku.

"Haih, dah awak nak saya dengan awak je. Hahahahaha" Pandai dia mengenakan aku dan aku terus memegang kemas jarinya seakan tidak mahu kehilangan lelaki yang cukup bermakna pada diri ini.

"Awaklah cari rezeki. Bila kita kahwin nanti, saya duduk rumah. Jaga anak2 awak. Awak nak anak berapa?"

"Saya nak anak ramai. Tiap2 tahun awak kena beranak. Hahahaha"

Aku melepaskan genggaman jari ku dan menampar belakang bahunya.

"Adoi, sakitlah sayang" Dia mengosok2 belakang bahunya dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya.

"Ye lah, awak ingat saya kilang ke nak beranak tiap2 tahun" Aku mencebikkan bibirku. Dia menarik tanganku lantas memegang kembali jari jemariku.

"Saya sayang awak" Bisiknya di telingaku dan sekali lagi badan ku terasa panas dek kerana bisikannya.

Aku membalasnya kembali "I love you too"

"Saya parking kereta dekat belakang KLCC, so kita jalan je ok. Kita makan2 lepas tu tengok movie" katanya tanpa rasa bersalah. Dia macam tak tau aku ni tak suka berjalan dengan tumit tinggi

Aku mula nak marah kembali. Dia ni memang lurus tak bertempat.

"Kenapalah awak tak ambil je saya dulu sebelum parking.Saya pakai heels ni honey."

Dia memandang ke arah kakiku dan senyum kembali.

"Kalau saya ambil awak dengan kereta, saya takut awak tak nak naik sebab awak mesti marah saya sebab lewatkan. Jadi, kita jalan kaki ye tuan puteri sayang"

Betul juga katanya, tapi mustahil aku tak mahu naik keretanya sebab siapa yang nak hantar aku balik. Nak naik public transport? Owh tidak, aku memang trauma dengan public transport. Apa boleh buat, jalan kaki jugalah kami ke KLCC.

Aku merasa sangat gembira bila dia di sisiku. Aku akan menjadi orang yang bodoh jika aku meninggalkannya.

Tok tok tok...Tiba2 pintu bilik di ketuk dan kedengaran suara mak yang menyuruh aku bangun.

"Dah bangun dah mak. Nak mandi ni" Jeritku dari dalam bilik, tetapi aku masih lagi terbaring di katil dan ingatan aku masih juga pada dia. 'Maafkan saya sebab saya tinggalkan awak' hati aku seolah merasa kekesalan yang tidak terhingga kerana melepaskan dia pergi.

Dengan rasa yang amat malas, aku bingkas bangun dari katil. Aku menghela nafasku seperti menyesali apa yang aku telah lakukan dulu. Andai aku dapat putarkan semula waktu itu, pasti aku akan lebih bahagia. Ahhh..benda yang lepas patutnya aku tak payah hendak kenang lagi.

"Baik aku mandi. Tu lah siapa suruh kau tinggalkan dia dulu, kan dah menyesal" Aku seolah mengata pada diri sendiri atas kesilapan yang aku lakukan.

Lamunanku

Jam dah menunjukkan pukul 6.20pm dan aku masih lagi berbaring di sofa empuk mak ku.Rasa malas nak ke mana2.Entah apa rancangan kat tv pun aku tak amik peduli.Mungkin otak ku tengah ligat memikirkan banyak perkara.Apa sebenarnya yang merunsingkan pemikiran aku pun,aku sendiri tidak pasti.Agaknya mungkin aku terlalu penat di pejabat dan mungkin hari ni hari utk aku merehatkan diri aku bersama keluarga.Pandangan ku tepat pada pintu yang terbuka luas.Aku melihat abahku duduk di kerusi roda di halaman rumah.Sebak melihat keadaan abah yang dulu gagah mencari rezeki untuk kami sekeluarga.Abah kelihatan uzur sekarang di mamah usia.Dengan rokok di jarinya,abah kemudiannya menghembus asap rokok ke udara.Apa yang bermain di kotak fikiran abah agaknya.Adakah aku juga berkesempatan menghadapi hari2 tua ku atau perjalanan hidupku akan di tamatkan sehari dua?Tanpa aku sedari hujan turun dengan lebat,suara abah memanggil adikku supaya menolaknya masuk ke dalam.Aku pula bingkas bangun.Jauh lamunan ku hari ini.Aku melangkah masuk ke bilik.Ku capai tuala yang tersangkut di belakang pintu.Azan maghrib telah pun berkumandang.Aku bergegas menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan hujan terus membasahi bumi.

Friday, October 19, 2012

Hariku..

Berhujung minggu bersama anak2 di rumah mak abah..rasa selamat dengan mereka..seperti ada payung yg memayungi kami..rasa nak terus menetap dgn mereka..haihhh..

Monday, October 10, 2011

As-Salam n monink..tertekannnnnnnnnn

Azab nyer kena food poisoning..nek lunyai badan ni.Penangan tempoyak msk pucuk ubi petai tlh mbuatkan perut ku bergelodakkkkk..tak smpi sminit nk labuhkan punggung aku tas krusi,panggilan toilet.Mencanak2 la aku blari..Bayang kan bpuluh kali masuk toilet..Dada pun dah panas,memang tak boleh bla.Ape lg jolok tekak la.Terpakse sbb nk kluar kan ape yg dh mkn.Perghhhhhhhhhh tertekan hdp.

So bila x sihat xde maknenyer la aku nk update blog huhuhuhu.Melepek la aku tdo atas sofa.Air dlm bdn dh byk kluar.Aku nk msk mknan dlm perot pun pk 80x.

Sepanjang hari Jumaat hmmm xde ape yg menarik pun.Hujan lebat kat kl time tuh.Sabtu tu la yg ade kenduri aku mkn x hengat duniyaaa..Tu la,gelojoh sgt.Ahad mlm perut dah start kasi warning la.Skank nk mkn kene pikir 100x.X sanggup aku.Bayangkan lau nga deting x ke malu hahahaaa.

Smlm pergi klinik amik ubat,tp stil gak perut aku rase x sdp.Aku pn x leh lg nk mkn sbb perut rase pnz sgt.Dgn angin lg.Giler tol la.

Nanti aku update lg,sb aku rase nak tido.Mate cam xley nk bukak sgt..penat duk lam toilet x abis g..huhuhuhu

Mwahhhhhhhhhh

Thursday, October 6, 2011

Semalam yang panjanggggggggggggggggg...

Smlm aku rase panjang sangat hari aku sbb nyer aku tak tido...huhuhuhuhu..Ank2 aku selamat tido,aku yg jadi penunggu malam.

Banyak bende hapen smalam yg aku rase ade yg besttttt gilerrrrrrrrrrrrrr,sedey pun ader end up nyer aku blurrrr hahaha..Adoiyaiiiiiiiiiiiii po la aku ni hah poning yo manjang.Aku ni tlalu wat hdp aku complicated.Bjumpa dgn kawan aku smlm buat aku buka mata sikit.The way die handle problem keje n peribadi die dgn care yg sangat sempoi.Mungkin lau die prob pun plg kuat die nangis lam toilet kot..huhuhuhu.

Pesan die,kite kene menikmati hidup.Sebab bile2 mase nyawe kite boleh di ambil (time ni aku cam tkesima skit la hehehe).Mnikmati dgn minda yg tbuka,hayati episod2 yg kite lalui,cari kelemahan diri juge kekuatan diri dan terima segala qada n qadar.Tu la,aku yg wat otak jd sempit yu yg lemaw je manjang..cetttt..Anyway thanks to my dear fren.

Makin hari berlalu,aku dah rase kebal dgn ape yg aku lalui.Aku kene menikmati hidup aku yg tak tau brape lame aku akn ade.Muhasabh diri tu yg penting.Aku harap akan ade kesudahan yg baik dlm hdp aku.Insya Allah.

Aku nk kene mendietkan diri aku ni blk,gemuk tak tentu arah dah skank ni hahahaa..Bayangkan dulu berat aku 58kg dgn tinggi 168cm pastu nek x hengat 120kg beb..bayangkannn betape big mommanyer aku time tu hahahaa.Pastu jeng3 aku berjaya menurunkan berat badan ku dr 120kg ke 117kg ke 105kg ke 98kg ke 88 kg ke 77kg itu pun dh cukup buat muke aku sampai cengkung sampai jpngos lak gigi den ni hah.Tetap la ade spare tyre yg bsepah sane sini.Baru turun sikit aku dah riak hahahahaa..Last2 poning,banyak lak masalah so aku makan pun x bedung la..nek la balik cam belon.Citer banyak tak gune aku kene la turunkan berat aku utk kesihatan aku ni..

So kawan2 nak seribu daye x moh seribu dalih tawwwwwwwwwwwwwwww..

Heeeeeeeee...Peace yow!! As-Salam