Fikiranku melayang pada seseorang, wajahnya, susuk tubuhnya dan perawakannya. Lelaki yang cukup sempurna di mataku sebagai seorang wanita. Senyumannya yang manis selalu terpancar di wajahnya walaupun aku selalu membuatnya marah. Kesabarannya yang tinggi bila terpaksa menghadapi perangaiku yang sedikit kepala angin. Dan aku akan mula sejuk bila dia hanya tersenyum bila aku membebel tak berhenti.
Aku menanti dia dengan penuh sabar. Aku melihat jam di tanganku. Janji pukul 8.30pm tapi batang hidung pun tak nampak. Tak payah kata batang hidung, bayang pun tak ada. Aku mundar mandir di hadapan bangunan tempat aku bekerja. Aku mulai resah bila melihat orang yang lalu lalang seolah memerhatikan aku. Kalau ada apa jadi, aku belasah dengan payung yang aku pegang erat ni. Mana dia ni. Pelbagai benda mula menerjah masuk di dalam kepala otak aku. Aku mula merasa tidak sedap hati. Perasaan amarah mula untuk menguasai diri. Aku cuba untuk tidak melayani segala perkara2 yang negatif aku cuba memikir perkara yang positif tapi aku tidak mampu untuk menolaknya. Ada je perkara yang tidak elok bermain2 di otak aku ini.
Dia ini memang nak kena. Sudahlah nak berjumpa pun susah. Kadang2 rasa nak break up saja sebab jarang sangat kami berjumpa.Itu lah bercinta dengan student memang ini lah yang aku kena hadapi. Bila kami memilih dengan pilihan masing2, dia sambung belajar dan aku memilih untuk tidak menyambung pelajaranku. Aku mengeluh sendirian. Aku sudah lama mengenali dia dari kami di bangku sekolah lagi. Jarak usia aku dengan dia yang 2 tahun lagi muda dariku tidak pernah menjadikan halangan kami untuk berkasih sayang. Aku mengimbau kembali memori kami bersama dan ketika itu lamunanku segera terhenti bila aku mendengar suara seseorang..
"Sayang, I'm sorry. Stucked in traffic jam. Jom" Suaranya yang sedikit mengah mungkin berlari untuk mengejar masa kerana dia dah terlewat dengan tangan di cekaknya di pinggang. Dan aku cuba untuk tidak meletus seperti gunung berapi menunggu dia keseorangan tapi apakan daya aku wanita. Aku pun menghambur kata2 yang aku tahan di dalam hati sampai sakit dada aku menahannya.
"Awak ni janji pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa. Awak ingat saya tunggul kayu ek tunggu awak. Dah la kawasan ni bahaya. Kalau ada apa2 jadi kat saya, awak tak fikir ke? Tak reti nak telefon ke. Handphone mana??Ke awak pergi jumpa perempuan lain dulu. Tension betul dengan awak ni"
Wajahnya menghadiahkan aku senyuman. Memang tak faham bahasa mamat ni. Dia menarik tanganku tapi aku menepisnya.Perasaan marah menguasai diriku bila aku melihat dia hadir di hadapanku walaupun aku seakan sudah berjanji pada diri sendiri sebentar tadi untuk tidak memarahinya kerana jarangnya kami dapat menghabiskan masa bersama.
"Awak ni saya marah pun,awak buat tak reti je kan. Dah la stress ni. Kerja kat ofis berlambak, tak ada siapa nak tolong. Bila ada boyfriend, nak jumpa pun susah. Bila dating je, awak selalu lambat. Awak ni tak ada hati dan perasaan ke. Benci betullah" bebel ku seperti tiada ruang untuk aku menarik nafas.
Dan dia hanya tersenyum lagi. Rasa aku nak je menampar mukanya yang agak selamba tu. Agaknya dia ni tak ada perasaan kot. Aku mula memalingkan badanku dan melangkah kaki yang aku tidak tahu hala tujuanku meninggalkan dia di belakangku.
"Saya suka dengar awak membebel. Cute sangat. Bila awak marah, tu yang buat saya sayang" Langkahku terhenti dan aku menoleh ke arahnya. Aku melangkahkan kakiku kembali berhadapan dengannya.Terasa darah mengalir di setiap urat2 badanku. Merah padam wajahku bila dia berkata demikian. Aku memandang wajahnya.
"Awak ni, pandai kan amik hati saya. Awak buat salah, awak cover macam tu kan. Awak tahu tak berapa lama saya tunggu. Saya tinggalkan kerja yg berlambak atas meja hanya sebab saya excited nak jumpa awak" Nadaku sedikit menurun dari tadi yang sepeti singa nak menelan mangsanya.
"Saya stress awak tau tak. Ingatkan ada boyfriend boleh la nak mengadu domba. Awak pun busy 24 hours macam tak ada masa untuk saya je. Saya tunggu awak lama awak tau tak. Sakit kaki ni. dah la pakai heels 4 inchi. Awak tak muncul2. Macam2 saya pikir awak tau tak. Risau pun ada. Awak ni kan" Nadaku bertukar sedikit manja dan merengek seperti anak kecil yang inginkan perhatian. Aku mencubit manja lengan di sebelah kirinya.
"Nak teruskan bebel tak. Saya salah biar saya dengar ok" Dia menarik hidungku yang kembang kempis kerana marah yang belum reda lagi. Sakit, aku memicit2 hidungku pula.
"Sayang taukan saya sibuk dengan kelas. Sayang dengan kerja, saya dengan buku2. Mana nak kejar kuliah, assignment lagi. memang keluar dari kolej on time tapi sangkut kat Damansara. Macam ni, nanti kalau saya dah habis belajar, 24 jam saya berkepit dengan awak. Awak sukakan" Aku mengangguk tanda setuju.
"Tak payahlah saya kerja cari rezeki, awak je cari. Awak balik kerja saya sambut je awak"
Aku ternganga.
"Kenapa saya yang cari rezeki pulak" Bentakku.
"Haih, dah awak nak saya dengan awak je. Hahahahaha" Pandai dia mengenakan aku dan aku terus memegang kemas jarinya seakan tidak mahu kehilangan lelaki yang cukup bermakna pada diri ini.
"Awaklah cari rezeki. Bila kita kahwin nanti, saya duduk rumah. Jaga anak2 awak. Awak nak anak berapa?"
"Saya nak anak ramai. Tiap2 tahun awak kena beranak. Hahahaha"
Aku melepaskan genggaman jari ku dan menampar belakang bahunya.
"Adoi, sakitlah sayang" Dia mengosok2 belakang bahunya dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya.
"Ye lah, awak ingat saya kilang ke nak beranak tiap2 tahun" Aku mencebikkan bibirku. Dia menarik tanganku lantas memegang kembali jari jemariku.
"Saya sayang awak" Bisiknya di telingaku dan sekali lagi badan ku terasa panas dek kerana bisikannya.
Aku membalasnya kembali "I love you too"
"Saya parking kereta dekat belakang KLCC, so kita jalan je ok. Kita makan2 lepas tu tengok movie" katanya tanpa rasa bersalah. Dia macam tak tau aku ni tak suka berjalan dengan tumit tinggi
Aku mula nak marah kembali. Dia ni memang lurus tak bertempat.
"Kenapalah awak tak ambil je saya dulu sebelum parking.Saya pakai heels ni honey."
Dia memandang ke arah kakiku dan senyum kembali.
"Kalau saya ambil awak dengan kereta, saya takut awak tak nak naik sebab awak mesti marah saya sebab lewatkan. Jadi, kita jalan kaki ye tuan puteri sayang"
Betul juga katanya, tapi mustahil aku tak mahu naik keretanya sebab siapa yang nak hantar aku balik. Nak naik public transport? Owh tidak, aku memang trauma dengan public transport. Apa boleh buat, jalan kaki jugalah kami ke KLCC.
Aku merasa sangat gembira bila dia di sisiku. Aku akan menjadi orang yang bodoh jika aku meninggalkannya.
Tok tok tok...Tiba2 pintu bilik di ketuk dan kedengaran suara mak yang menyuruh aku bangun.
"Dah bangun dah mak. Nak mandi ni" Jeritku dari dalam bilik, tetapi aku masih lagi terbaring di katil dan ingatan aku masih juga pada dia. 'Maafkan saya sebab saya tinggalkan awak' hati aku seolah merasa kekesalan yang tidak terhingga kerana melepaskan dia pergi.
Dengan rasa yang amat malas, aku bingkas bangun dari katil. Aku menghela nafasku seperti menyesali apa yang aku telah lakukan dulu. Andai aku dapat putarkan semula waktu itu, pasti aku akan lebih bahagia. Ahhh..benda yang lepas patutnya aku tak payah hendak kenang lagi.
"Baik aku mandi. Tu lah siapa suruh kau tinggalkan dia dulu, kan dah menyesal" Aku seolah mengata pada diri sendiri atas kesilapan yang aku lakukan.
No comments:
Post a Comment